Thursday 9 January 2014

Blueberry Cheese Brownies




Blueberry Cheese Brownies 10" x 10" (1.4kg) 

Terima kasih pada yang menempah

Saturday 4 January 2014

Puding Karamel Tanpa Telur





Puding Karamel Tanpa Telur sumber Lina Pg 

Bahan-A (gula hangus) 

2 sudu besar gula pasir

Bahan B

1 paket agar2 serbuk 10gm (saya guna agar2 tali
4 cwn air (saya guna 1 liter)
1/2 cwm gula pasir
1/2 susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sb tepung kastard
1 sk esen vanila

Cara-caranya

1. Mula-mula buat gula hangus. Taburkan gula dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang. ratakan keseluruhan loyang, ketepikan.
2. Satukan semua bahan B. Kacau atas api. sentiasa dikacau
3. Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat. Tutup api dan tuang kedalam loyang berisi gula hangus tadi.
4. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan kedalam peti ais. Dah sejuk terbalikkan loyang sedia dihidang.




Thursday 2 January 2014

Kek chocolate Moist



 Selamat datang 2014, semoga kita terus bertakwa dan beriman kepada Yang Maha Esa." Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertakwa" (Al-Baqarah:194)

Mari mencuci mata dengan Kek Chocolate Moist sebenarnya dh banyak kali buat guna resepi yang sama. Terima kasih kepada yang empunya resepi.



Kek Coklat Kukus Resepi2011@myresipi.com


Bahan-bahan ( 4 - 5 orang )


  • Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak jagung/minyak masak.
  • 1 cawan susu cair (leh tuka susu coklat ktk)
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Bahan B
  • 2 biji telur (gred B) @3b gred C
  • 1 camt esen vanila
  • Bahan C (ayak bersama)
  • 1 cawan t. gandum
  • 1/2 camt serbuk penaik
  • 1/2 camt soda bikarbonat

Cara-cara


  1. Bahan A di masak suam jgn sampai mendidih kacau dgn pemukul telur(biar agak sejuk)
  2. Pukul telur dengan esen hingga kembang Masukkan bahan A dan gaul sebati
  3. Masukkan bahan C sedikit-sedikit hingga rata.
  4. Masukkan dalam acuan disukai dan kukus antara 30 - 40 minit sehingga masak.
  5. Boleh dihias dengan topping coklat setelah sejuk dan boleh dihidangkan..



 


 Yummy...