Assalammualaikum semua, hari ni nak tayang bingka labu yang sedapppppp resepi dari cik mat gebu yang famous tu mohon share resepinya kat sini ye cik mat..
Bingka Labu sumber cik mat gebu
Bahan-bahan
5 biji telur A
200 ml air
300 pati santan(guna santan kotak)
200g tepung gandum
180g gula halus(saya guna gula kastor)
1/2st garam
1st esen vanila
450g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek(saya rebus je)
Cara-caranya
1. Satukan semua bahan dlm satu bekas kecuali labu, Kacau guna wisk hingga sebati. Tapis adunan.
2.Masukkan labu yang dilecek tadi. Gaul hingga sebati
3.Tuang adunan kedalam loyang bulat yang berlubang ditengahnya yang telah disapu majerin.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Tak rugi mencuba memang sedappppp sekali.